5 lelaki bersenjata parang serang Taman Medan Jaya ditahan

10 Oct 2026 • 9:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 5 lelaki bersenjata parang serang Taman Medan Jaya ditahan

PETALING JAYA – Polis menahan lima lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian serangan dengan menggunakan senjata berbahaya di sebuah kawasan perumahan di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.03 pagi daripada seorang lelaki tempatan yang mendakwa diserang beberapa individu.

Menurut beliau, pihak polis turut mengesan video berkaitan kejadian itu yang tular di media sosial.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Shamsudin berkata, hasil tindakan polis, lima lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan.

“Tiga daripada suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan pelbagai kesalahan jenayah dan dadah, manakala dua lagi tidak mempunyai rekod lampau,” ujarnya.

Beliau berkata, polis turut merampas sebilah parang dan sebilah gergaji yang dipercayai digunakan ketika kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata atau objek berbahaya semasa melakukan rusuhan.

“Saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan,” tambahnya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah klip video memaparkan beberapa individu dengan antaranya memegang parang bertengkar dengan penduduk di sebuah kawasan perumahan dipercayai di Taman Medan Jaya, di sini.

Kawasan perumahan berkenaan yang dilengkapi pagar keselamatan bagaimanapun berjaya menghalang individu terbabit daripada memasuki kawasan tersebut untuk melakukan serangan. – KOSMO! ONLINE

The post 5 lelaki bersenjata parang serang Taman Medan Jaya ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved