Lelaki di Teluk Intan rugi RM12.47 juta akibat aset kripto hilang

LocalBusiness & Finance
10 Oct 2026 • 3:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki di Teluk Intan rugi RM12.47 juta akibat aset kripto hilang

Seorang lelaki, 38, di Teluk Intan kerugian kira-kira RM12.47 juta apabila aset kripto dipindahkan keluar dari dompet digitalnya tanpa kebenaran, kata polis.

IPOH: Seorang lelaki kerugian kira-kira RM12.47 juta dalam kejadian kehilangan aset kripto dipercayai akibat akses tanpa kebenaran terhadap dompet digital miliknya di Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata mangsa berusia 38 tahun menyedari kejadian itu kira-kira 1 tengah hari selepas mendapati sejumlah aset kripto miliknya dipindahkan keluar daripada dompet digital tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

“Siasatan awal mendapati transaksi berkenaan melibatkan pemindahan aset kripto melalui rangkaian blockchain.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pihak yang terlibat serta menjejaki aliran transaksi berkenaan dengan bantuan Unit Kripto, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Alwi menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap aktivti pancing data, penipuan dalam talian dan tidak menekan pautan mencurigakan, selain memantau keselamatan dompet digital, bertindak segera sekiranya mengesyaki akaun digodam dan meningkatkan tahap keselamatan digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved