“50 minit gigi tu tak keluar” – Doktor Gigi Kongsi Kisah Seram Nenek Pakai Cincin Misteri

Entertainment
17 Jan 2025 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak perkara mistik yang tidak terjangkau dengan akal fikiran, seorang doktor gigi berkongsi detik seram apabila dia menghadapi kesukaran dalam mencabut gigi pesakitnya yang merupakan seorang nenek.

Perkongsian seorang doktor gigi di TikTok @klinikpergigiandentalane menceritakan dia mengambil masa hampir 50 minit untuk mencabut gigi seorang warga emas meskipun imbasan x-ray menunjukkan ia sepatutnya satu prosedur yang mudah.

@klinikpergigiandentalane

Bayangkan tengah malam “nenek” datang nak cabut gigi. agak-agak korang berani tak? #fyp #malaysia #kisahseram #dental

♬ original sound – KP Dentalane – KP Dentalane

“Tak pernah jumpa benda macam ni, dah 50 minit saya duduk. Saya macam ‘nak buat apa ni?’. Saya teringat cerita kawan pernah hadap situasi seperti itu.

Saya perasan nenek tu pakai banyak cincin, saya tak tahu kenapa. Saya suruh nenek tu buka, saya sambung cabutan dan teka apa, gigi tu dah keluar (cabut),” katanya.

Selepas ditanya mengenai cincin yang dipakai oleh nenek itu, dia hanya menjawab barang kemas itu merupakan pemberian orang.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah mencapai lebih 100k tontonan serta hampir seratus komen daripada netizen.

Uih, seram!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.