50 Tahun Bersama Acer – Bagaimana Untuk Meneruskan Kelangsungan Syarikat Secara Lestari

TechnologyGaming
8 Jun 2026 • 5:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahukah anda bahawa pada tahun ini, Acer menyambut ulang-tahun ke-50 mereka sejak jenama tersebut mula diperkenalkan di Taiwan? Untuk sekian lamanya, Acer merupakan jenama perkomputeran yang tidak asing lagi namanya di Malaysia, yang mana jenama tersebut sudah bertapak selama 36 tahun, sejak 1990.

Image from: 50 Tahun Bersama Acer – Bagaimana Untuk Meneruskan Kelangsungan Syarikat Secara Lestari

Baru-baru ini kami telah berkesempatan ke acara Computex Taipei berterima kasih kepada mereka, dan kami telah duduk semeja dengan mereka untuk bercakap tentang sejarah syarikat tersebut, dan bagaimana mereka bergerak dalam era baru ini, dimana memperkenalkan produk-produk perkomputeran baru sahaja adalah tidak mencukupi untuk memastikan kelangsungan hidup sesebuah syarikat di era ini.

Image from: 50 Tahun Bersama Acer – Bagaimana Untuk Meneruskan Kelangsungan Syarikat Secara Lestari

Di acara Computex Taipei 2026, Acer telah memperlihatkan banyak produk-produk komputer kelas pengguna seperti Acer Swift Air 14, Acer Swift Spin 14 AI, Acer Aspire X 16 AI, Predator Helios 18 AI, Predator Atlas 8, Acer Nitro Blaze Link dan sebagainya yang memperlihatkan fokus untuk perkomputeran kelas pengguna. Walaupun sejumlah daripada mereka hadir dengan sokongan untuk teknologi AI, fokus Acer nampaknya masih lagi memberi fokus terhadap pasaran pengguna lebih daripada pasaran AI.

Image from: 50 Tahun Bersama Acer – Bagaimana Untuk Meneruskan Kelangsungan Syarikat Secara Lestari

Malah, apabila kami telah diberi taklimat tentang bagaimana pasaran Acer dilihat antara yang tertinggi dalam penguasaan pasaran perkomputeran pengguna di Asia Pasifik pada suku pertama 2026, sebahagian daripadanya adalah kerana Acer merupakan salah satu daripada sekumpulan kecil jenama yang telah memasarkan produk-produk mereka secara meluas, khususnya melalui acara-acara tahunan seperti acara e-sukan Predator League dan juga acara jualan produk Acer Day.

Image from: 50 Tahun Bersama Acer – Bagaimana Untuk Meneruskan Kelangsungan Syarikat Secara Lestari

Predator League khususnya adalah acara e-sukan tahunan yang ditunggu-tunggu ramai peminat genre tersebut kerana banyak pasukan-pasukan e-sukan popular menyertai acara ini untuk memenangi sebahagian daripada habuan $4oo ribu yang ditawarkan setiap tahun.

Evolusi Predator League juga dilihat cukup menarik kerana ia bukan sahaja merumahkan pertandingan e-sukan yang popular, tetapi sudah menjadi acara kulturnya tersendiri, lengkap dengan lagu temanya tersendiri yang kini hadir dalam 10 bahasa yang berlainan. Acer juga telah menggunakan artis-artis tempatan di setiap negara hos untuk menyanyikan lagu-lagu ini, sedikit sebanyak meningkatkan keseronokan acara-acara sebegini apabila ia diadakan di negara-negara berbeza setiap tahun.

Image from: 50 Tahun Bersama Acer – Bagaimana Untuk Meneruskan Kelangsungan Syarikat Secara Lestari

Acara Acer Day pula dilihat membantu Acer untuk mempromosikan kepelbagaian produk mereka kepada pihak umum. Acara ini memperlihatkan produk-produk dalam pelbagai kategori, dari komputer riba, komputer desktop, aksesori komputer, paparan skrin, beg galas dan lain-lain dalam pelbagai jenis model yang membolehkan bakal pelanggan untuk memilih apakah jenis komputer yang sesuai untuk mereka. Tanda harga yang lebih mudah dari biasa juga dilihat menarik minat pelanggan untuk membeli produk-produk mereka.

Image from: 50 Tahun Bersama Acer – Bagaimana Untuk Meneruskan Kelangsungan Syarikat Secara Lestari

Malah, untuk bertahun-tahun, Acer telah menambahkan portfolio mereka untuk memasuki pelbagai bidang teknologi lain selain daripada sektor perkomputeran pengguna sahaja. Sebagai contoh, jenama Acerpure telah diperkenalkan sejak tahun 2020, dan pada awalnya memperlihatkan alat pembersih udara, dan kini telah dikembangkan ke banyak jenis produk-produk perkakasan rumah yang lain.

Image from: 50 Tahun Bersama Acer – Bagaimana Untuk Meneruskan Kelangsungan Syarikat Secara Lestari

Altos merupakan satu lagi anak syarikat Acer yang memperlihatkan fokus mereka ke sektor industri dan membangunkan komputer khusus untu kegunaan sektor industri kreatif, IT dan perusahaan untuk syarikat-syarikat berskala kecil dan sederhana.

Untuk melengkapkan ekosistem produk mereka, syarikat khidmat pelanggan Highpoint diperkenalkan untuk memingkatkan kualiti produk-produk syarikat ini. Melalui data yang didapati daripada pembaikan melalui sistem khidmat pelanggan, syarikat-syarikat ini boleh memperbaiki mutu produk-produk Acer dan juga anak-anak syarikat mereka apabila produk-produk baru dilancarkan kelak.

Image from: 50 Tahun Bersama Acer – Bagaimana Untuk Meneruskan Kelangsungan Syarikat Secara Lestari

Andrew Hou, Presiden Acer PAP (Pan Asia-Pacific) mengatakan bahawa 35 peratus daripada pendapatan Acer sepanjang tahun kewangan 2025 adalah dari subsidiari-subsidiari Acer ini, yang termasuklah syarikat-syarikat kelengkapan perubatan mereka dan sebagainya, yang sudahpun mencapai IPO dan sedang berdagang secara awam.

Beliau mengatakan bahawa pengagihan portfolio ini telah sedikit sebanyak membantu Acer untuk menangani isu bekalan komponen memori dan storan yang semakin sukar untuk didapati khususnya untuk komputer-komputer berprestasi tinggi.

Acer akan terus memperkenalkan banyak produk-produk baru di masa akan datang, tetapi dengan bagaimana industri teknologi bergerak sekarang, langkah untuk mempelbagaikan portfolio mereka nampaknya adalah langkah terbaik untuk meneruskan kelangsungan syarikat khususnya di masa akan datang.