Pemandu lori maut kemalangan berhampiran sekolah

20 Aug 2026 • 6:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu lori maut kemalangan berhampiran sekolah
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

BATU PAHAT - Seorang pemandu lori maut selepas terbabit kemalangan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lalang, Jalan Air Hitam, di sini jam 1.29 petang pada Khamis.

Komander Operasi, Pegawai Penguasa Bomba, Mohd Shamin Mohd Salikin berkata, mangsa, A Shanmugam, 50, ditemui tersepit di bahagian pemandu manakala kelindan, G Dana Gopal, 25, cedera.

Menurutnya, 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi(PKO) di lokasi didapati benar terdapat lori yang membawa muatan habuk kayu terbabas dalam longkang.

“Bomba meminta bantuan kren untuk mengangkat kepala lori tersebut bagi memudahkan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduknya,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia.

“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ulasnya.

Operasi terkawal dan tamat jam 3.45 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved