Sukacita dimaklumkan Permohonan Kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2027 dibuka mulai 1 September (11pagi) hingga 30 September.
Ibu bapa, penjaga, atau guru boleh mengemukakan permohonan untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) menerusi Portal epKhas KPM: https://epkhas.moe.gov.my/
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat, lokasi sekolah dan cara membuat permohonan.
Apakah Sekolah Pendidikan Bekeperluan Khas?
Sekolah Pendidikan Khas (SPK) atau Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) ialah sekolah kerajaan yang ditubuhkan khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).
Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas).
Sekolah-sekolah ini direka bentuk dari segi infrastruktur, kurikulum, dan kaedah pengajaran untuk memenuhi keperluan unik murid yang mempunyai pelbagai kategori kurang upaya.
Tarikh Permohonan Dibuka
Tarikh permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Pendidikan Khas bagi ambilan tahun 2027 adalah seperti berikut:
- Tarikh Buka: 1 September 2026 (mulai 11 pagi)
- Tarikh Tutup: 30 September 2026.
Permohonan rasmi secara dalam talian boleh diakses sepenuhnya sepanjang tempoh tersebut melalui portal utama ePKHAS KPM.

Syarat Permohonan
Berikut ialah syarat umum permohonan bagi kemasukan ke SMK Pendidikan Khas, SMPK Vokasional dan Kolej Vokasional:
- Calon ialah warganegara Malaysia.
- Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
- Mempunyai surat pengesahan daripada pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan/swasta. atau Pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan permohonan Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK).
- Calon mestilah sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan dan lain-lain penyakit) yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
- Berkeupayaan mengurus diri.
- Tidak mempunyai rekod salah laku disiplin berat seperti:
- laporan murid daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM); dan
- laporan kehadiran melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Cara Permohonan Sekolah Pendidikan Khas Melalui epKhas
Sila layari permohonan dalam talian melalui pautan https://epkhas.moe.gov.my
Untuk pertama kali memasuki sistem ini, Ibu bapa/penjaga wajib mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan ID Pengguna dan Katalaluan. Sila klik pada perkataan Daftar Pengguna.
Nota: Sekiranya Ibu bapa atau penjaga telah mendaftar dan mempunyai ID Pengguna dan Katalaluan, sila terus login ke dalam sistem.

Lokasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), SMPKV dan Kolej Vokasional yang ditawarkan dalam permohonan adalah seperti dalam senarai berikut:
- SMKPK Setapak, Kuala Lumpur
- SMKPK Persekutuan, Pulau Pinang
- SMKPK Bumbong Lima, Pulau Pinang
- SMPKV Shah Alam, Selangor
- SMPKV Indahpura, Johor
- SMPKV Kuantan, Pahang
- SMPKV Merbok, Kedah
- Kolej Vokasional Keningau, Sabah

Senarai Kursus
Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan mengikut kategori murid. Anda boleh rujuk infografik di bawah untuk mengetahui senarai kursus yang ditawarkan bagi ambilan tahun 2026.
Senarai kursus ambilan 2027 akan dikemaskini kelak.


Ini senarai kursus yang ditawarkan pada tahun 2026:









Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini mengenai epkhas KPM (Permohonan Tingkatan 1 & 4 Pendidikan Khas 2027), sila rujuk:
- Portal epKhas KPM: https://epkhas.moe.gov.my/
- Facebook Bahagian Pendidikan Khas, KPM
Bahagian Pendidikan Khas(BP Khas), Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, Blok E2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
No.Tel: 03 – 8884 9190
No.Faks: 03 – 8888 6670
Soalan Lazim epkhas
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia, murid daripada sekolah kerajaan/bantuan kerajaan, sihat tubuh badan (tiada penyakit kronik), mempunyai keupayaan mengurus diri, dan memegang Kad OKU sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Permohonan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi ePKHAS KPM.
Bolehkah murid mengisi sendiri borang dalam talian?Tidak digalakkan. Pengisian borang mestilah dilakukan dengan bimbingan ibu bapa, penjaga, atau guru bagi memastikan ketepatan data peribadi dan pemilihan jenis aliran sekolah.
Adakah semua murid yang berjaya akan menerima bantuan kewangan?Ya, MBPK berkualifikasi yang merupakan warganegara Malaysia dan bersekolah di institusi KPM layak menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBK) (tertakluk kepada pekeliling semasa).
Bilakah keputusan permohonan ePKHAS biasanya diumumkan?Tarikh keputusan rasmi penempatan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan diumumkan kelak secara dalam talian melalui portal ePKHAS.






