
KUALA LUMPUR – Seramai 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan khas kewangan secara one-off sebanyak RM1,000.
Menteri Kewangan berkata, bantuan itu diberikan susulan penjualan nombor plat khas H yang dilaksanakan baru-baru ini.
“Susulan penjualan nombor plat khas H baru-baru ini, kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan one-off RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Bantuan berkenaan akan disalurkan kepada penerima pada minggu hadapan.– KOSMO! ONLINE
The post Belanjawan 2027: Pemandu teksi, bas sekolah ‘poket tebal’ minggu depan appeared first on Kosmo Online.




