Pemandu Teksi Dan Bas Sekolah Terima Bantuan Khas RM1,000 – PM Anwar

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 5:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pemandu Teksi Dan Bas Sekolah Terima Bantuan Khas RM1,000 – PM Anwar

Kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara susulan penjualan nombor plat khas H baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu akan memanfaatkan kira-kira 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.

Menurutnya, bantuan berkenaan akan disalurkan pada minggu hadapan.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut memperbaharui undang-undang jenayah dan keterangan, selain memperkukuh pembelaan awam serta perlindungan kepada mangsa, kanak-kanak dan golongan rentan.

Kerajaan juga sedang mengkaji penubuhan Suruhanjaya Reformasi Undang-Undang Malaysia bagi mengenal pasti undang-undang lapuk dan jurang perundangan.

Selain itu, undang-undang berkaitan kontrak, jualan barangan dan pengantaraan turut diteliti bagi memastikan pertikaian dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Anwar hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved