
Kota Kinabalu: Seramai 53 individu menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).
Penerima terdiri daripada 29 ibu tunggal dan 24 anak yatim diraikan dalam Majlis Semarak Bakti, Simpulan Ukhuwah yang disempurnakan oleh Isteri Yang Di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.
Pengarah JHEWA, Haslina Ismail berkata pihaknya akan terus giat melaksanakan aktiviti kemasyarakatan bagi memperkasakan golongan memerlukan khususnya wanita di Sabah.
Pada majlis tersebut, Toh Puan Norlidah juga menyampaikan hadiah pemenang Video Kreatif “Kesaksamaan Gender Dalam Komuniti” Sempena Hari Wanita 2022. Turut berlangsung, acara memotong kek sempena meraikan Hari Jadi Toh Puan Norlidah yang dihadiri Pengerusi MPWS Datuk Dr. Tarsiah Tz Taman.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

