6.5 Tan Ayam Disyaki Disembelih Tidak Ikut Syarat Dirampas Di Puchong

LocalFood
30 Oct 2026 • 3:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

6.5 Tan Ayam Disyaki Disembelih Tidak Ikut Syarat Dirampas Di Puchong

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Lebih 6.5 tan ayam mentah disyaki diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan mengikut hukum syarak dan keperluan persijilan halal dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Puchong, tengah malam tadi.

Turut ditahan dalam Ops Taring Chiller itu ialah 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyembelihan dan pemprosesan ayam di premis berkenaan.

Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Mohd Zaki Ashar berkata serbuan pada 12.40 tengah malam itu mendapati premis terbabit disyaki dijadikan lokasi penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam segar tanpa sijil halal yang sah.

Beliau berkata pemeriksaan awal menemukan proses pengendalian dan penyembelihan ayam yang menimbulkan keraguan serius terhadap pematuhan hukum syarak serta status halal produk berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati ayam dipercayai melalui proses rendaman air panas sehingga mati sebelum proses penyembelihan dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:

Operasi bersepadu berkenaan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Alam Sekitar serta Pejabat Kesihatan Petaling.

“Kesemua 6.5 tan ayam mentah di dalam 468 bungkus plastik itu dianggar bernilai RM85,400.

“Bekalan diperoleh dari beberapa ladang ayam di sekitar Sepang manakala ayam yang telah diproses dipercayai diedar kepada pelanggan termasuk kedai makan, kedai runcit dan pasar raya sekitar Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(A) dan Seksyen 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Seksyen 38(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Kesemua warga asing pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved