Ayam dipercayai mati direndam air panas sebelum disembelih, 12 warga asing ditahan

30 Oct 2026 • 5:51 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Op Taring Chiller membongkar kegiatan pemprosesan ayam yang diragui status halalnya di sebuah gudang di Puchong, Selangor

Op Taring Chiller yang dijalankan pihak berkuasa di sebuah gudang di Puchong, Selangor membongkar kegiatan pemprosesan ayam yang diragui status halalnya apabila haiwan berkenaan dipercayai mati akibat direndam dalam air panas sebelum disembelih.

Memetik laporan Kosmo, operasi kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi itu membawa kepada penahanan 12 lelaki warga asing serta rampasan 6,555 kilogram (kg) ayam mentah bernilai kira-kira RM85,400.

Komander Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi bersepadu itu dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa agensi berkaitan.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati ayam dipercayai mati selepas melalui proses rendaman air panas sebelum disembelih, sekali gus menimbulkan persoalan serius terhadap pematuhan hukum syarak dan status halal produk berkenaan.

Katanya, 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang dipercayai bekerja di premis terbabit ditahan, manakala 468 bungkusan ayam mentah dirampas. Siasatan awal turut mendapati premis itu dipercayai sudah lama beroperasi dengan mendapatkan bekalan ayam dari sekitar Sungai Sepat, Sungai Pelek dan Sepang.

Ayam yang diproses dipercayai diedarkan ke kedai makan, kedai runcit dan pasar raya di beberapa kawasan termasuk Damansara, Bangi, Puchong, Cheras, Putrajaya serta sekitar Lembah Klang.

Susulan itu, JAIS mengambil tindakan berkaitan perihal dagangan halal, manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling mengeluarkan notis berkaitan operasi serta kebersihan premis.

The post Ayam dipercayai mati direndam air panas sebelum disembelih, 12 warga asing ditahan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved