“6 tahun jaga suami”- Perkongsian Wanita Ini Tentang Suami Berkahwin Lepas Seminggu Bercerai Buat Ramai Sebak

Entertainment
19 Oct 2024 • 9:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular beberapa hari lalu di media sosial kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita tentang bekas suaminya yang berkahwin lain setelah seminggu mereka bercerai.

Kisah tersebut dikongsikan oleh wanita itu menerusi Facebook dan telah mendapat perhatian dari ramai warganet, yang rata-ratanya turut menitipkan kata-kata semangat kepada wanita tersebut.

Dalam perkongsian di Facebook itu, wanita tersebut menyerahkan tugasnya sebagai isteri kepada isteri baharu lelaki itu dan dia turut memuat naik gambar perkahwinan lelaki itu dan isteri barunya.

Apa yang menyebabkan ramai warganet turut bersedih ialah, wanita itu turut berkongsi kisah dirinya yang menjaga suaminya yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya selama beberapa tahun lepas sebelum ini, lapor Sinar Harian.

image is not available

Namun, difahamkan juga, wanita tersebut telah memadam Facebook post tentang perkahwinan baru bekas suaminya itu.

image is not available

Dalam hantaran terbarunya di Facebook pula, wanita cekal ini memohon maaf kepada semua dan dia mengatakan dia memerlukan masa untuk bertenang.

 

image is not available

 

Dia turut mengatakan bahawa sebelum ini suaminya telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan dia juga sebagai isteri, telah membuat yang terbaik untuk rumah tangga mereka berdua.

Mereka berdua telah sah bercerai pada 6 Oktober lalu secara baik dan kini akan bersama-sama membesarkan anak mereka.

Dia turut memohon agar orang ramai akan mendoakan yang baik-baik untuk mereka dan berharap agar kisahnya itu akan menjadi iktibar kepada pasangan lain di luar sana.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.