“66 Tahun Emak Tak Pernah Merasa Kereta Baharu” – Wanita Hadiahkan Proton e.Mas 5 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu [Video]

6 Aug 2026 • 1:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selain bapa, ibu merupakan insan yang paling disayangi dalam kehidupan setiap individu.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada yang sanggup melakukan apa sahaja malah berkorban wang ringgit demi membahagiakan ibu tersayang.

Ibu Tak Pernah Rasa Kereta Baharu, Wanita Hadiahkan Proton e.Mas 5 Sempena Hari Lahir Ibu

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang menghadiahkan ibunya sebuah kereta jenis Proton e.Mas 5 sempena ulang tahun kelahiran si ibu yang ke-66.

Perkara itu dikongsikan olehnya dalam satu hantaran di TikTok @_anacatqueen.

Jelas wanita yang dikenali sebagai Ana, ibunya itu tidak pernah memiliki kereta baharu sepanjang hidupnya selama 66 tahun.

Malah, ibu Ana yang dikenali sebagai Fadilah hanya menggunakan kereta jenis Perodua Kancil yang kerap rosak untuk bergerak ke mana-mana.

“Selama 66 tahun emak tak pernah merasa kereta baharu. Hari tu dia mengadu aircond kereta kancil dia rosak. Dah betulkan banyak kali tetap rosak,” katanya.

Menyedari apa yang dialami serta mahu menghargai pengorbanan ibu terhadapnya, Ana memberi kejutan dengan menghadiahkan Proton e.Mas 5 sempena hari lahir ibunya itu.

Menerusi hantaran terbabit, dapat dilihat Ana dan ahli keluarga yang lain membuat ‘surprise’ kepada ibunya di luar kediaman mereka.

Sebaik melihat kejutan berkenaan, kelihatan Fadilah terkejut malah berulang kali mengusap dada kerana sebak dengan hadiah yang diterima.

Wanita Zahir Ucapan Terima Kasih Dengan Pengorbanan Ibu

Pada masa sama, Ana turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ibunya atas pengorbanan wanita itu dalam membesarkannya dan sentiasa menyokong setiap apa yang dilakukan.

“Terima kasih emak besarkan adik dengan baik, jadi emak yang baik dan tidak pernah pukul atau marah langsung.

“Terima kasih sokong apa sahaja yang adik nak buat dalam hidup. Tak pernah rendahkan pilihan hidup adik,” tulisnya.

Melalui perkongsian itu juga, dapat dilihat si ibu berasa teruja ketika memandu proton e.Mas 5 berwarna merah jambu yang dihadiahkan oleh anaknya itu.

“Emak tak jangka langsung aku akan beli dia kereta sebab aku tak ada sebut langsung pasal nak belikan dia kereta.

“Dia (ibu) kata dia happy sangat sebab dia suka kereta kecil tapi tinggi dan tak sangka dia suka sangat dengan warna pink (merah jambu) ini,” tulis Ana.

Proton e.Mas 5 Jadi Pilihan, Si Ibu Tak Perlu Keluar Ke Stesen Minyak Untuk Isi Petrol

Kongsi Ana kepada BuzzKini, Proton e.Mas 5 menjadi pilihannya kerana stesen minyak berhampiran jauh dari kediaman mereka.

Malah, dia juga tidak mahu ibunya mengeluarkan wang sendiri untuk mengisi petrol justeru membuatkannya memilih kenderaan elektrik (EV) itu.

“Kalau isi minyak, dia akan bayar sendiri. Kalau cas, bil elektrik emak, saya yang bayar,” katanya.

Difahamkan, kereta itu digunakan oleh ibunya bagi membeli barang keperluan dan ke kelas agama berdekatan rumah mereka.

@_anacatqueen Terima kasih satu family kesayangan kuuu disebabkan korang la plan nak surprisekan mak ni berjayaaa!! Dan Alhamdulillah kereta yang sepatutnya kena tunggu lebih daripada 3 bulan, tapi dengan izin Allah, jumpa dengan @Proton | eMAS AKIM ♬ original sound – Anna

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Terharu Wanita Hadiahkan Kereta Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu

Perkongsian yang telah mendapat lebih 312,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terharu dan sedih melihat momen bahagia di antara ibu dengan anak itu.

Malah, ada yang mendoakan kebaikan buat Ana kerana perbuatannya yang membahagiakan serta tidak berkira dengan insan tersayang.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Saya Pula Yang Sebak. Alhamdulillah Tahniah Awak. Doakan Saya Mampu Bagi Emak Ayah Merasa Kereta Baharu”

Image from: “66 Tahun Emak Tak Pernah Merasa Kereta Baharu” – Wanita Hadiahkan Proton e.Mas 5 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu [Video]

“Ya Allah Murahkanlah Rezeki Akak Ini Yang Utamakan Emak & Semoga Rezeki Mengalir Seperti Air. Hadiah Paling Bermakna”

Image from: “66 Tahun Emak Tak Pernah Merasa Kereta Baharu” – Wanita Hadiahkan Proton e.Mas 5 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu [Video]

“Semoga Rezeki Berlipat Kali Ganda Dik & Rezeki Tanpa Henti”

Image from: “66 Tahun Emak Tak Pernah Merasa Kereta Baharu” – Wanita Hadiahkan Proton e.Mas 5 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu [Video]

“Sukanya Tengok Orang Dah Dapat Bahagiakan Parents, Saya Ikut Nangis Sekali Sebab Ini Salah Satu Impian Saya”

Image from: “66 Tahun Emak Tak Pernah Merasa Kereta Baharu” – Wanita Hadiahkan Proton e.Mas 5 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu [Video]

“Slay Aunty Pakai EV. Alhamdulillah. Tahniah Awak & Aunty”

Image from: “66 Tahun Emak Tak Pernah Merasa Kereta Baharu” – Wanita Hadiahkan Proton e.Mas 5 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kancil Selalu Rosak & Berhenti Tengah Jalan, Anak Buat Kejutan Beli Kereta Baharu Untuk Ibu Bapa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dah Lama Pakai Perodua Kancil, Wanita Hadiahkan Ibu Ayah Kereta Baru Buat Ramai Sebak [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved