
PETALING JAYA: Sebanyak 69.21 peratus atau 463,159 pemilih direkodkan telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat pukul 5 petang ini.
Jumlah itu berdasarkan data Peratusan Keluar Mengundi (VTO) secara masa nyata (real time) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 78.53 peratus manakala DUN Bandar Hilir merekodkan peratusan terendah sebanyak 56.65 peratus.
Data VTO berkenaan dikemas kini bagi membolehkan perkembangan jumlah dan peratusan pemilih yang telah keluar mengundi dipantau mengikut kawasan DUN sepanjang tempoh pengundian.
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini peratusan keluar mengundi mengikut kawasan DUN menerusi paparan di laman rasmi SPR, https://dashboard.spr.gov.my. – UTUSAN
The post 69.21% pemilih telah keluar mengundi setakat pukul 5 petang appeared first on Utusan Malaysia.



![[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Majoriti BN di DUN Serkam melonjak 12,689 berbanding 79 undi pada PRN lalu](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710523.webp)

![[TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN-PN isytihar berjaya bentuk kerajaan negeri](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710365.webp)
