69 tahun merdeka, mengapa harta pusaka masih membelenggu waris?

LocalOpinion
2 Sep 2026 • 7:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

69 tahun merdeka, mengapa harta pusaka masih membelenggu waris? Image from: 69 tahun merdeka, mengapa harta pusaka masih membelenggu waris? Anekdot Mawarith02/09/2026 - 07:00 Oleh ARIFFIN SABIRIN editor@dagangnews.com

Setiap kali bulan Ogos dan September menjelang, kita akan melihat Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh negara. Lagu-lagu patriotik kembali berkumandang. Kisah perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan diulang tayang.

 

Kita diingatkan tentang perjuangan bangsa dan detik negara ini bebas daripada belenggu penjajahan asing sejak 31 Ogos 1957.

 

Benarkah kita sudah merdeka sepenuhnya apabila menyentuh soal harta?

Selepas 28 tahun bergelumang dalam industri perancangan harta dan pengurusan pusaka, saya melihat satu bentuk “penjajahan” yang masih berlaku dalam masyarakat kita.

 

Penjajahan ini bukan dilakukan oleh kuasa asing. Ia juga bukan dilakukan oleh penjajah yang datang menaiki kapal dari seberang laut.

 

Sebaliknya, ia berlaku dalam kalangan kita sendiri. Ia adalah belenggu pemikiran yang masih wujud apabila harta pusaka yang ditinggalkan gagal dimanfaatkan oleh waris yang berhak.

 

Ia berlaku apabila rumah pusaka terkunci bertahun-tahun dan akhirnya roboh dimakan anai-anai. Ia berlaku apabila tanah pusaka dibiarkan bersemak dan tidak diusahakan. Ia berlaku apabila simpanan bank ‘terbeku’ di Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Ia berlaku apabila adik-beradik bermusuhan kerana berebut harta peninggalan ibu bapa.

 

Pendek kata, ia berlaku apabila harta yang sepatutnya menjadi rahmat bertukar menjadi beban.

 

Sepanjang hampir tiga dekad dalam bidang ini, saya telah melihat semuanya. Belenggu ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sama ada yang kaya, sederhana mahupun yang hidup serba kekurangan. Masalah pusaka tidak memilih mangsa.


 

Wasiyyah

 


Sambil melihat kemeriahan bunga api di Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada malam 31 Ogos lalu, saya menyimpulkan bahawa kemerdekaan sebenar bukan sekadar kebebasan politik semata-mata.

 

Kemerdekaan juga bermaksud kebebasan daripada belenggu yang menghalang kesejahteraan generasi pada masa hadapan. Belenggu yang saya maksudkan di sini ialah masalah harta pusaka.

 

Merdekakan harta jika mempunyai anak bawah umur

Anak-anak di bawah umur 18 tahun ialah antara golongan yang paling terjejas masa depan mereka sekiranya ibu bapa meninggal dunia.

 

Walaupun mereka mempunyai hak terhadap harta pusaka ibu bapa mengikut bahagian faraid, proses pentadbiran harta pusaka sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil tetap perlu dilalui.

 

Begitu juga proses di Mahkamah Syariah sekiranya timbul isu berkaitan Syariah.

 

Anak-anak ini perlu dibantu oleh ahli keluarga terdekat seperti datuk, nenek atau ibu bapa saudara yang perlu bertindak sebagai penjaga dan penjaga harta bagi melalui proses berkenaan.

 

Persoalan saya kepada anda, adakah anda telah memerdekakan mereka daripada belenggu beban ini?

 

Jika anda telah menyediakan:

  • dokumen pelantikan penjaga harta bagi melantik pihak yang akan memegang harta untuk anak-anak sehingga mereka berumur 18 tahun

  • dokumen pelantikan wasi atau pentadbir harta pusaka bagi memastikan semua proses pentadbiran keseluruhan harta pusaka dilaksanakan

  • dokumen hibah bagi harta tertentu kepada anak-anak

  • melantik pihak profesional untuk menyelaras urusan wasi dan anak-anak melalui proses perundangan yang rumit ini, anda memang telah memerdekakan anak-anak daripada belenggu tersebut.

 

Tahniah!

 

Namun, jika anda gagal bertindak menyediakan dokumen-dokumen berkenaan, anda berkemungkinan membiarkan anak-anak terus terbelenggu dengan masalah harta pusaka seperti kebanyakan ibu bapa di luar sana.

 

Wasiyyah sejak 22 tahun lalu aktif memainkan peranan membantu umat Islam di Malaysia dalam konteks ini.

 

Melalui Panel Syariah kami yang setiap seorang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Syariah, kehakiman Syariah, muamalat dan pentadbiran pusaka, kami telah menyediakan format yang sesuai bagi semua dokumen yang saya sebutkan di atas.

 

Jadi, masyarakatlah yang perlu mengambil tindakan. Platform telah kami sediakan.


 

Wasiyyah


Merdekakan urusan harta pusaka daripada beban kewangan

Fi pengurusan harta pusaka juga antara belenggu dalam urusan harta pusaka.

 

Keperluan membayar fi pembukaan fail daripada beberapa ratus hingga beberapa ribu ringgit, fi pentadbiran harta pusaka antara 0.5% hingga 5% daripada nilai kasar harta pusaka (gross estate value) serta pelbagai fi sampingan lain menyebabkan waris menangguhkan hasrat untuk menguruskan harta pusaka.

 

Dalam keadaan fi yang membebankan itu, ada pula pihak dalam industri yang berkata: “Tidak mengapa kalau fi itu berpuluh malah ratusan ribu ringgit kerana ia ditolak daripada harta pusaka dan bukannya ditanggung secara peribadi oleh waris.”

 

Saya bersetuju dan tidak bersetuju

Saya memilih untuk bersetuju dan tidak bersetuju dengan pandangan ini.

 

Saya bersetuju bahawa dari segi hukum Syarak dan undang-undang sivil, fi pengurusan harta pusaka memang sepatutnya ditolak daripada harta pusaka yang ditinggalkan dan tidak sepatutnya menjadi beban kewangan peribadi kepada waris. Kedudukan ini jelas.

 

Namun, saya memilih untuk tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana jika fi berkenaan ditolak secara berlebihan daripada harta pusaka, ini bermakna nilai harta yang akhirnya diterima waris selepas semua proses selesai akan menjadi jauh lebih kecil.

 

Walaupun terdapat had bagi fi pentadbiran iaitu antara 0.5% hingga 5%, perlu diingat bahawa fi sampingan tidak mempunyai had. Dalam kes tertentu, terdapat fi sampingan yang lebih mahal berbanding fi pengurusan pusaka.

 

Jika si mati meninggalkan banyak wang tunai sebagai harta pusaka, keadaan mungkin lebih mudah untuk waris.

 

Namun, jika si mati hanya meninggalkan sedikit wang tunai atau langsung tiada wang tunai bagi menampung fi yang terlibat, keadaan akan menjadi sukar.

 

Ini bermakna hartanah yang ada perlu dijual bagi membayar fi tersebut. Jika waris enggan menjualnya, mereka perlu mengeluarkan wang daripada poket sendiri untuk menampung sebarang kekurangan daripada fi berkenaan.

 

Sepanjang 28 tahun bekerja dalam bidang ini, saya pernah melihat waris berdepan situasi sukar seperti ini.

 

Akhirnya, mereka terpaksa akur supaya hartanah dijual. Hasil jualan akan digunakan untuk membayar fi berkenaan, manakala bakinya diserahkan kepada waris.

 

Dalam keadaan ini, waris hanya akan mendapat wang tunai, manakala harta pusaka dalam bentuk hartanah itu telah terjual.

 

Maka, lenyaplah hasrat si mati yang mahu hartanya diwarisi oleh waris.


 

solar

 


Wasiyyah membantu membebaskan waris daripada beban kewangan

Wasiyyah sejak puluhan tahun lalu telah membantu waris memerdekakan diri daripada belenggu kewangan ini.

 

Apabila pelanggan semasa hidup memilih perkhidmatan pengurusan harta pusaka Al-Wasitah kami, segala perkhidmatan berkaitan pentadbiran harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil akan dibantu oleh Wasiyyah secara percuma untuk waris.

 

Apabila pelanggan memilih untuk melanggan perkhidmatan hibah kami secara komprehensif pula, tiada fi berkaitan pengesahan hibah di Mahkamah Syariah akan dikenakan kepada penerima hibah. Mereka menerima harta hibah secara percuma.

 

Ini bermakna waris akan menerima harta pusaka dan harta hibah sepenuhnya tanpa dipotong atau perlu membayar apa-apa fi.

 

Maka, tercapailah hasrat pemilik harta untuk mewariskan hartanya kepada waris tertentu secara tepat dan mudah.

 

Sebagai ibu bapa, bukankah ini yang kita mahukan? Waris dan penerima hibah menerima harta yang dimaksudkan untuk mereka tanpa dibelenggu beban kewangan.

 

Harta tidak pernah menjadi masalah

Pengalaman 28 tahun mengajar saya bahawa harta tidak pernah menjadi masalah.

 

Yang menjadi masalah ialah kegagalan kita merancang dan menguruskan harta secara optimum.

 

Saya belajar bahawa kebanyakan konflik pusaka sebenarnya boleh dielakkan.

 

Wasiyyah boleh membantu membebaskan harta pusaka dan waris anda daripada semua belenggu ini. Hubungilah kami. - DagangNews.com

 

 

Ariffin Sabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas, Presiden Kumpulan dan CEO Wasiyyah Shoppe Bhd

 

Kolumnis Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved