7,292 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus sebulan gaji

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 5:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 7,292 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus sebulan gaji
Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zairi Mat Ali (kiri) menyerahkan dokumen Belanjawan 2027 Pulau Pinang kepada Kon Yeow untuk dibentangkan di DUN Pulau Pinang pada Jumaat.

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini yang akan dibayar pada Disember ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Ucapan Belanjawan 2027 Pulau Pinang di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Menurutnya, pemberian itu melibatkan 7,292 penjawat awam dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM16.207 juta.

"Pemberian ini bagi menghargai penjawat awam bagi 2026 yang banyak berjasa dengan kerajaan negeri. Kerajaan Negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited dalam memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dilaksanakan secara berkesan.

"Sebagai apresiasi dan penghargaan kepada penjawat awam negeri, saya meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini," katanya.

Kon Yeow berkata, penyelia dan guru Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), kakitangan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang akan turut menerima imbuhan sebanyak RM300 secara one-off.

"Keutuhan kedudukan fiskal dan pembangunan negeri tidak mungkin dicapai tanpa dukungan jentera pentadbiran yang cekap, berintegriti dan berprestasi tinggi.

"Sepanjang tahun 2026, komitmen penjawat awam Pulau Pinang terus membuahkan pengiktirafan membanggakan pada peringkat nasional.

"Antaranya, Pengiktirafan Pencapaian Bilangan Projek Siap Tertinggi (Negeri) melalui pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2025. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima Pengiktirafan Organisasi Unggul menerusi penilaian Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE), dengan skor keseluruhan 97.84 peratus," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved