Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus sebulan gaji

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2026 • 6:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus sebulan gaji

GEORGE TOWN – Seramai 7,292 penjawat awam di Pulau Pinang menerima khabar gembira selepas kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus satu bulan bulan gaji pada Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menurut beliau, pemberian berjumlah RM16.207 juta itu adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap komitmen, dedikasi dan sumbangan penjawat awam dalam memastikan kelancaran pentadbiran serta pembangunan negeri.

“Secara keseluruhannya, pemberian itu melibatkan 7,292 penjawat awam dengan jumlah pembayaran sebanyak RM16.207 juta,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri turut mengumumkan imbuhan tunai secara sekali bayar (one-off) sebanyak RM300 kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Bantuan itu turut melibatkan guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) serta kakitangan kedua-dua institusi berkenaan.

Selain itu, kakitangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, guru tahfiz, guru pondok, guru Tadika Islam serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina di Pulau Pinang turut menerima imbuhan sama.-KOSMO! ONLINE

The post Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus sebulan gaji appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved