Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus satu bulan gaji

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 6:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus satu bulan gaji

GEORGE TOWN : Berita baik untuk penjawat awam di Pulau Pinang apabila mereka bakal menerima ‘durian runtuh’ daripada kerajaan negeri, Disember ini.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2027 semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Kewangan Khas (BKK) sebanyak satu bulan gaji sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan sumbangan mereka dalam memastikan pentadbiran serta pembangunan negeri terus mencapai kecemerlangan.

“Secara keseluruhannya, pemberian itu melibatkan 7,292 penjawat awam dengan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM16.207 juta,” katanya.

Tambah Kon Yeow, penyelia dan guru Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), kakitangan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) serta Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) pula akan menerima imbuhan tunai sebanyak RM300 secara ‘one-off’.

Katanya, turut menerima imbuhan yang sama ialah kakitangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (Tadis) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina di Pulau Pinang.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, mulai tahun depan juga, kerajaan negeri bakal memperkenalkan Program Mempelai Emas dengan sumbangan RM500 diberi secara ‘one-off’ kepada pasangan baharu yang mendirikan rumah tangga di Pulau Pinang dan memenuhi syarat-syarat kelayakan ditetapkan.

“Selain itu, buat julung kalinya, Tabung Pembangunan Sosial Negeri Pulau Pinang turut diperkenalkan mulai 2027 dengan peruntukan RM350,000 bagi menyokong pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan sosial, khususnya untuk membantu golongan rentan,” katanya.-UTUSAN

The post Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus satu bulan gaji appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved