7 Minggu Dr Hasmah Pergi, Tun M Kembali Ke Pentas Politik

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 1:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, muncul semula pada acara rasmi parti hari ini selepas hampir tujuh minggu kehilangan isteri tercinta, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir, 101, tiba di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada jam 11.37 pagi bagi menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 2026.

Beliau yang masih berkerusi roda dilihat menyambut kehadiran beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) serta bertegur sapa dengan perwakilan yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

Image from: 7 Minggu Dr Hasmah Pergi, Tun M Kembali Ke Pentas Politik

Kemunculan itu mencuri perhatian memandangkan ia antara penampilan pertama Dr Mahathir dalam program parti sejak Dr Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu, pada usia 100 tahun.

Sebelum menghadiri perhimpunan berkenaan, Dr Mahathir dipercayai terlebih dahulu menziarahi pusara isterinya di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Pemergian Dr Hasmah mengakhiri perjalanan rumah tangga pasangan itu yang dibina selama 70 tahun sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956.

Selepas kehilangan isterinya, Dr Mahathir turut menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan lanjut.

Beliau sebelum ini tidak dapat menghadiri Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Oktober lalu atas faktor kesihatan.

Anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, berkata bapanya sudah menyediakan teks ucapan dan pada asalnya berhasrat menyampaikannya sendiri pada forum berkenaan, namun terpaksa membatalkan hasrat itu kerana keadaan kesihatannya.

Mokhzani kemudian menyampaikan ucapan berkenaan bagi pihak bapanya pada forum tersebut. - Getaran, 15 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved