Pihak pecat saya juga alami nasib sama – Dr. Mahathir

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 2:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pihak pecat saya juga alami nasib sama – Dr. Mahathir

PETALING JAYA: Kitaran politik pernah menyaksikan Tun Dr. Mahathir Mohamad disingkirkan daripada parti sendiri kini seolah-olah berulang apabila sebahagian individu pernah terbabit dalam pemecatannya kini berdepan nasib sama sehingga terpaksa menubuhkan parti baharu.

Dr. Mahathir berkata, perkembangan itu merupakan antara beberapa perkara yang mengukuhkan alasan penubuhan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), meskipun parti berkenaan masih baharu dan pencapaiannya sepanjang enam tahun penubuhan belum begitu memberangsangkan.

Menurutnya, tindakan parti induk keluar daripada kerajaan secara tergesa-gesa sebelum ini mencetuskan kekacauan politik sehingga membawa kepada kejatuhan kepimpinan kerajaan ketika itu.

“Satu lagi kebenaran ialah mereka yang terbabit memecat kita dari parti induk sehingga memaksa kita menubuh Pejuang, hari ini ramai di kalangan mereka itu turut dipecat dan terpaksa tubuh parti lain.

“Kebenaran yang satu lagi mereka yang dahulunya tidak sabar mahu keluar dari kerajaan kerana alahan melampau terhadap komponen parti di dalam kerajaan ketika itu kelihatannya menjurus kembali kepada parti-parti tersebut.

“Kitaran atau pusingan itu kelihatannya hampir lengkap,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Ketua Penerangan Parti Pejuang, Rafique Rashid Ali pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pejuang di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini.

Dr Mahathir berkata, beliau membangkitkan perkara silam itu bukan bertujuan memburukkan mana-mana pihak sebaliknya mahu semua pihak mengambil iktibar daripada sejarah politik negara.

Beliau berkata, antara pengajaran penting ialah dalam politik tiada sahabat yang kekal kerana perkara yang sepatutnya dipertahankan ialah matlamat perjuangan. – UTUSAN

The post Pihak pecat saya juga alami nasib sama – Dr. Mahathir appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved