
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Biarpun masih jauh perjalanan untuk ke konsert yang dijadualkan berlangsung tahun depan, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 43, berkata, ada rasa sedih untuk menggunting rambut yang sudah disimpan sejak 2017.
Bagaimanapun, dia reda dan tidak menjadi masalah demi konsert solo keduanya itu.
"Perasaan saya tadi, tengok anak saya sedih, saya pun begitu juga. Botak ini dah sinonim untuk saya sejak saya masuk dalam industri hiburan.
"Disebabkan konsert ini, saya rasa tak mengapa kalau saya berkorban sikit. Bukan teruk sangat pun. Saya reda. Kena kekal sampai ke hari konsert," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: "Saya Nampak Kiamat" - Mawi Kongsi Fasa Dibenci, Terima Pelbagai Surat Dari 'Haters'
Sinonim imej botak!
"Kalau saya nak botak balik pun, untuk filem yang saya nak buat. Tapi, rupanya hari ini. Tak rancang pun, tapi, hari ini ia terjadi," ujarnya.

