71 individu ditahan kes pemalsuan pasport pekerja asing

27 Oct 2026 • 9:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 71 individu ditahan kes pemalsuan pasport pekerja asing

KUALA LUMPUR – Seramai 71 individu ditahan Jabatan Imigresen (JIM) bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemalsuan dokumen dan dokumen perjalanan berkaitan urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing sejak 2024 hingga kini.

JIM dalam kenyataan berkata, sebanyak 17 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pemalsuan pasport serta pengubahsuaian maklumat biodata pekerja asing.

“Kegiatan berkenaan dikesan berkaitan urusan pemeriksaan kesihatan dan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Namun ia tidak semestinya bermaksud dokumen berkenaan digunakan untuk memasuki Malaysia,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, JIM berkata, pihaknya turut mengambil maklum mengenai hantaran di media sosial berhubung dakwaan penggunaan pasport palsu bagi tujuan pemeriksaan kesihatan pekerja asing, yang pernah tular pada April lalu.

Sehubungan itu, JIM menegaskan pihaknya akan terus mempergiat risikan dan operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan berkenaan.

Sebelum ini, tular di media sosial hantaran yang mendakwa terdapat warga asing menggunakan pasport palsu ketika menjalani pemeriksaan kesihatan.

Hantaran tersebut turut membangkitkan persoalan bagaimana individu berkenaan boleh melepasi pemeriksaan sempadan menggunakan dokumen berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post 71 individu ditahan kes pemalsuan pasport pekerja asing appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved