JIM Tahan 71 Individu Dalam 17 Operasi Berkaitan Pemalsuan Dokumen Pekerja Asing

28 Oct 2026 • 12:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JIM Tahan 71 Individu Dalam 17 Operasi Berkaitan Pemalsuan Dokumen Pekerja Asing

Seramai 71 individu ditahan sejak 2004 hingga kini berhubung kegiatan pemalsuan dokumen dan dokumen perjalanan bagi urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan, sebanyak 17 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pemalsuan pasport serta pengubahsuaian maklumat biodata pekerja asing.

Menurut JIM, kegiatan berkenaan dikenal pasti mempunyai kaitan dengan urusan pemeriksaan kesihatan dan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Bagaimanapun, jabatan itu menjelaskan bahawa penggunaan dokumen berkenaan tidak semestinya bermaksud ia digunakan untuk memasuki Malaysia.

JIM berkata demikian menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini sebagai respons terhadap hantaran media sosial yang mendakwa terdapat warga asing menggunakan pasport palsu ketika menjalani pemeriksaan kesihatan pekerja asing.

Baca juga:

Hantaran berkenaan dilaporkan tular pada April lalu dan turut menimbulkan persoalan mengenai bagaimana individu terbabit boleh melepasi pemeriksaan sempadan menggunakan dokumen berkenaan.

Dalam pada itu, JIM menegaskan pihaknya akan terus mempergiat risikan serta operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pemalsuan dokumen tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved