76 peratus pesakit psikiatri Mentari kekal di pasaran kerja - Dr Dzulkefly

LocalHealth & Fitness
6 Oct 2026 • 3:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 76 peratus pesakit psikiatri Mentari kekal di pasaran kerja - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR - Sebanyak 76 peratus pesakit psikiatri yang mengikuti program sokongan pekerjaan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) dapat kekal bekerja di pasaran terbuka sehingga Jun 2026.

Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, menerusi program itu, pesakit diberikan sokongan seperti pemulihan psikososial dan juga bantuan untuk kembali bekerja serta berdikari.

"KKM menetapkan supaya kurang-kurangnya 60 peratus pesakit yang mengikuti program sokongan pekerjaan dapat kekal bekerja di pasaran terbuka.

"Berdasarkan pencapaian di peringkat nasional, kadar berkenaan meningkat daripada 72 peratus pada 2023 kepada 72.8 peratus pada 2024, sebelum mencecah 75 peratus pada 2025 dan mencatat 76 peratus sehingga Jun 2026," ujarnya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan di Dewan Rakyat.

Tambah Dr Dzulkefly, KKM mengukur kadar keberhasilan rawatan kesihatan mental melalui penilaian terhadap kemasukan semula pesakit psikiatri di hospital.

Jelasnya, ini kerana pesakit yang menerima rawatan psikiatri berkualiti tinggi tidak sepatutnya kembali dalam tempoh tiga bulan atau lebih.

"Maka KKM menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) kadar kemasukan semula pesakit dalam tempoh tiga bulan perlulah kurang daripada 25 peratus bermula tahun 2025.

"Pencapaian hospital-hospital kami memenuhi KPI ini memandangkan di peringkat nasional pada tahun 2025 adalah pada paras 6.32 peratus. Kita menetapkan 25 peratus dan kita capai," katanya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved