77 motosikal mat rempit kena sita

16 Oct 2026 • 1:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 77 motosikal mat rempit kena sita

KUALA TERENGGANU – Keseronokan sekumpulan remaja berlumba di jalan raya tidak berpanjangan apabila 77 motosikal yang ditunggang disita dalam operasi di Kilometer (KM) 11, Jalan Kuala Berang berhampiran Padang Midin, di sini hari ini.

Sebanyak 144 kompaun turut dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Terengganu selama hampir tujuh jam sehingga pukul 8 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, operasi itu dilakukan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan yang kerap dilaporkan sebelum ini.

“Ia termasuk perbuatan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya seperti wheelie’ dan ‘superman’, berlumba dan melakukan kesalahan lalu lintas lain secara berulang.

“Seramai 208 individu dan 105 motosikal diperiksa dalam operasi berkenaan. Daripada jumlah itu, sebanyak 144 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya hari ini.

Azli berkata, antara kesalahan dikesan adalah nombor plat tidak mengikut peraturan, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, penggunaan aksesori yang menyalahi undang-undang serta tidak mempamerkan lesen kenderaan motor.

Kesalahan lain yang dikesan adalah lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tidak mematuhi arahan polis dan mengubah suai ekzos. – KOSMO! ONLINE

The post 77 motosikal mat rempit kena sita appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved