Remaja maut motosikal rempuh lembu

28 Oct 2026 • 9:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja maut motosikal rempuh lembu

GUA MUSANG – Seorang remaja maut akibat tercampak ke atas jalan raya selepas motosikal yang dia tunggang merempuh seekor lembu di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Batu 5, Renok Baru di sini
malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 malam itu, mangsa, Mohamad Amirul Syafiq Mohd. Rusli, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lembu yang dirempuhnya turut ditemukan mati.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai sebelum merempuh lembu yang berada di atas jalan.

Katanya, akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya manakala motosikalnya terseret kira-kira 80 meter dari lokasi dia terjatuh.

“Lembu yang terbabit dalam kemalangan itu turut ditemukan mati di tepi jalan. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja maut motosikal rempuh lembu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved