888 Tea & Coffee angkat teh tarik simbol perpaduan menerusi 'Bersama Kita Tertarik'

LocalFood
26 Aug 2026 • 2:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 888 Tea & Coffee angkat teh tarik simbol perpaduan menerusi 'Bersama Kita Tertarik'
Dari kiri, Pengarah Eksekutif 888 Tea & Coffee, Alvin Ang See Ming; Pengarah Urusan 888 Tea & Coffee, Dato’ Ang Poon Chuan; Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) merangkap Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2026-2027, Tourism Malaysia, Mohd Akbal Setia; dan Pengarah Seksyen Program Tersuai dan Perdagangan Digital, MATRADE, Asnor Vidya Nor Azmi.
Image from: 888 Tea & Coffee angkat teh tarik simbol perpaduan menerusi 'Bersama Kita Tertarik'
Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) merangkap Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2026-2027, Tourism Malaysia, Mohd Akbal Setia ketika menyampaikan ucapan dalam program berkenaan

SHAH ALAM - Teh tarik bukan sekadar minuman, sebaliknya menjadi sebahagian daripada budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia yang mampu menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang.

Berteraskan semangat itu, 888 Tea & Coffee menampilkan Bersama Kita Tertarik, sebuah kolaborasi lagu dan video muzik sempena sambutan Hari Merdeka 2026 yang meraikan identiti masyarakat majmuk, warisan budaya serta semangat perpaduan negara.

Dengan sokongan Tourism Malaysia, inisiatif berkenaan mengetengahkan teh tarik sebagai sebahagian daripada pengalaman budaya yang mencerminkan kepelbagaian cara hidup rakyat Malaysia.

Daripada gerai mamak dan kopitiam hinggalah ke majlis serta pertemuan keluarga, teh tarik sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat tempatan, termasuk sebagai medium memulakan perbualan, menjalinkan persahabatan dan mencipta kenangan bersama.

Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026-2027, 888 Tea & Coffee turut berhasrat memperkenalkan tradisi ikonik berkenaan kepada pelancong antarabangsa, selain mengetengahkan budaya dan keramahan rakyat menerusi pengalaman menikmati secawan teh tarik.

888 Tea & Coffee bekerjasama dengan Tourism Malaysia sebagai Rakan Strategik dalam menjayakan inisiatif itu, sekali gus membawa cita rasa Malaysia ke mata dunia serta memberi inspirasi kepada pelancong untuk mengenali kemesraan, kepelbagaian dan keunikan warisan budaya negara.

Kajian mengenai pelancongan kulinari di Malaysia turut menunjukkan penyediaan dan pengalaman menikmati teh tarik, khususnya teknik 'menarik' yang unik serta interaksi sosial yang mengiringinya, mampu mewujudkan pengalaman bermakna antara masyarakat tempatan dan pelancong.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Mohd Akbal Setia berkata, teh tarik sudah menjadi sebahagian daripada jiwa dan gaya hidup rakyat Malaysia.

“Daripada restoran kejiranan dan kopitiam hinggalah ke rumah, teh tarik menyatukan masyarakat merentasi komuniti dan generasi.

“Minuman ini telah melangkaui peranannya daripada sekadar minuman, malah menjadi cerminan warisan kulinari, kepelbagaian budaya dan keramahan masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, cita rasa unik serta nilai budaya yang sinonim dengan teh tarik menjadikannya satu pengalaman istimewa di Malaysia yang boleh dikongsi bersama pelancong dari seluruh dunia.

Katanya, pengalaman berkenaan sekali gus memperkukuh daya tarikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan gastronomi terkemuka di peringkat global, selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026-2027.

**media[3626759]**

Sementara itu, Pengarah Eksekutif 888 Tea & Coffee, Alvin Ang See Ming berkata, sebagai jenama tempatan Malaysia yang bermula sebagai pengeluar dan pedagang teh yang diwarisi secara turun-temurun, pihaknya sentiasa berpegang kepada prinsip dan tradisi yang menyatukan masyarakat.

“Kami percaya bahawa minuman bukan sekadar untuk dinikmati, malah merupakan sebahagian daripada budaya, kenangan dan detik-detik yang kita boleh kongsikan bersama.

“Melalui lagu ‘Bersama Kita Tertarik’, kami ingin meraikan semangat kebersamaan rakyat Malaysia dan mengetengahkan bagaimana satu tradisi ringkas seperti menikmati secawan teh tarik mampu mendekatkan kita tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Lebih daripada sekadar lagu, “Bersama Kita Tertarik” turut mengimbau kenangan yang dikongsi rakyat Malaysia, selain meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi menerusi muzik serta penceritaan.

Video muzik itu menghimpunkan tiga artis tempatan terkemuka, iaitu Alif Satar & The Locos, Danny Koo dan Kidd Santhe, yang membawa identiti, gaya muzik serta latar budaya tersendiri dalam satu kolaborasi yang melambangkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Kolaborasi itu turut menunjukkan bahawa walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang, mereka tetap berkongsi tradisi dan pengalaman yang menjadi asas dalam membentuk sebuah negara yang bersatu.

Dilancarkan menjelang Hari Merdeka pada 31 Ogos 2026, lagu berkenaan menjadi peringatan bermakna untuk rakyat sama-sama meraikan semangat Hari Kebangsaan yang merangkumi perpaduan, saling menghormati serta kepelbagaian masyarakat dengan identiti dan keunikan tersendiri.

Seiring tayangan perdana video muzik itu, 888 Tea & Coffee turut melancarkan 888 Teh Tarik Malaysia, yang menawarkan cita rasa dan pengalaman teh tarik asli menerusi format lebih mudah dinikmati mengikut gaya hidup masa kini.

Produk berkenaan dihasilkan menggunakan formulasi istimewa berasaskan ekstrak teh premium dan tanpa pewarna tiruan, selain menawarkan tekstur lembut serta aroma yang sinonim dengan teh tarik tradisional.

Ia membolehkan pengguna menikmati minuman kegemaran rakyat Malaysia itu pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ditubuhkan pada 1942, 888 Tea & Coffee berkembang daripada perniagaan teh kepada pengeluar dan pembekal pelbagai produk makanan dan minuman, termasuk teh segera, kopi, bijirin sarapan dan minuman coklat malt.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved