9 ‘call centre’ perjudian diserbu, 46 warga asing ditahan

2 Oct 2026 • 8:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 9 ‘call centre’ perjudian diserbu, 46 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 46 warga asing ditahan selepas polis menyerbu sembilan lokasi dipercayai menjadi pusat kegiatan perjudian dalam talian menerusi Op Dadu Khas Call Centre di sekitar ibu negara, semalam dan hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek yang ditahan disyaki terbabit dalam kegiatan penganjuran perjudian dalam talian selain melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan awal mendapati kesemua tangkapan mengaku terlibat dalam kegiatan penganjuran perjudian dalam talian dengan menyasarkan pelanggan dari China, Korea dan Filipina.

“Mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan tersebut antara satu hingga tiga bulan lalu dengan menerima gaji antara RM2,000 hingga RM3,500 sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi itu turut merampas 24 komputer riba, 71 telefon bimbit, 12 monitor dan wang tunai berjumlah RM23,000.

Fadil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, kesemua suspek telah dibawa ke hadapan Majistret bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Seramai 11 orang dibenarkan reman selama tiga hari sehingga esok , seorang selama satu hari sehingga hari ini, manakala 22 orang lagi direman selama empat hari hingga 5 Oktober.

“Baki 12 suspek pula dibenarkan reman selama 14 hari hingga 15 Oktober bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post 9 ‘call centre’ perjudian diserbu, 46 warga asing ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved