46 warga asing ditahan kendali pusat judi dalam talian

2 Oct 2026 • 10:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

46 warga asing ditahan kendali pusat judi dalam talian

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Polis menahan 46 warga asing disyaki menjalankan kegiatan pusat panggilan perjudian dalam serbuan di sembilan lokasi sekitar ibu negara pada semalam dan hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata dalam serbuan Ops Dadu Khas, polis turut merampas antaranya 24 komputer riba, 71 telefon bimbit, 10 modem dan wang tunai berjumlah RM23,000.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian yang menyasarkan pelanggan dari China, Korea dan Filipina.

“Mereka aktif melakukan kegiatan ini dari sebulan hingga tiga bulan dengan purata gaji RM2,000 hingga RM3,500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata semua suspek direman satu hingga 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau menasihati orang awam agar menjauhi sebarang bentuk aktiviti perjudian dan berwaspada terhadap taktik penipuan yang menggunakan modus operandi pusat panggilan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan perjudian dan penipuan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved