9 Juta Tunggang Motor Tanpa Lesen, Lesen Tamat Tempoh

26 Sep 2025 • 11:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

Percaya atau tidak, sembilan juta penunggang motosikal teruatama golong muda di negara ini tidak memiliki atau memperbaharui lesen memandu sah selepas tamat tempoh.

Perkara itu didedahkan Koordinator Majlis Pengurangan Kecurian dan Kemalangan Kenderaan Malaysia (VTAREC), Mas Tina Abdul Hamid.

Menurutnya, ini kerana golongan terbabit tidak mempunyai latihan formal berhubung teknik tunggangan, pematuhan undang-undang jalan raya dan aspek keselamatan.

"Berdasarkan statistik pihak berkuasa, jumlah saman terhadap penunggang motosikal bagi tempoh Januari hingga November 2024 mencecah 850,000 saman.

"Kesalahan paling tinggi dikesan adalah tiada lesen memandu yang sah apabila mencecah 300,000 kes atau sekitar 898 saman sehari bagi tempoh sama.

"Majoritinya pesalah terbabit berusia 16 hingga 30 tahun, tetapi ada juga kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun yang dikesan menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah," katanya.

Daripada jumlah keseluruhan penunggang motosikal tanpa lesen memandu, dianggarkan lebih 90 peratus adalah lelaki, manakala selebihnya kalangan wanita.

Katanya, berdasarkan kajian VTAREC, beberapa faktor dikenal pasti sebagai punca antaranya masalah ekonomi, pengaruh rakan, budaya dan isu ibu bapa yang kurang cakna berkaitan aspek keselamatan jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved