9 tahun tunggu, IVF RM200,000, Madammu titip ucapan sayu sempena hari lahir Kayden. 'Tak sangka akan ada zuriat dari...'

Family & ParentingLifestyle
10 Jun 2026 • 10:38 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 9 tahun tunggu, IVF RM200,000, Madammu titip ucapan sayu sempena hari lahir Kayden. 'Tak sangka akan ada zuriat dari...'

KEHADIRAN cahaya mata dalam sebuah perkahwinan sememangnya satu rahmat yang tidak ternilai. Bagi usahawan terkenal, Madammu, sambutan hari lahir anaknya, Ahmad Kayden, baru-baru ini mengimbau kembali fasa perjuangan yang penuh air mata dan pengorbanan.

Menerusi satu hantaran menyentuh hati di laman Instagram miliknya, Madammu atau nama penuhnya  Eriyca Baiduri Abd Rashid meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan buah hati yang menjadi penyeri rumah tangganya bersama suami.

Madammu berkongsi bahawa Ahmad Kayden dilahirkan selepas sembilan tahun dia dan suami mendirikan rumah tangga. 

"Happy birthday anak bongsu mummy Ahmad Kayden! Jantung hati papa, mummy, kakak Zahara, kakak Qally, abang dan semua orang.

Image from: 9 tahun tunggu, IVF RM200,000, Madammu titip ucapan sayu sempena hari lahir Kayden. 'Tak sangka akan ada zuriat dari...'

"Buah jantung mummy yang lahirnya dengan rezeki yang melimpah limpah. Anak yang manja tapi bijak dan panjang akal.

"Menjadi penyeri dalam rumahtangga mummy dan papa. Hampir sembilan tahun perkahwinan baru ada rezeki untuk lahirnya Ahmad Kayden di dunia ini," titipnya.

Mengimbau kembali harian sukar tersebut, jutawan kosmetik ini mendedahkan proses in-vitro fertilization (IVF) yang dilaluinya menuntut pengorbanan yang amat besar, baik dari segi emosi, fizikal, mahupun kewangan.

Perancangan Tuhan itu Maha Hebat. Sehingga ke hari ini dia seakan tidak percaya telah melalui pengalaman mengandung dan memiliki cahaya mata sendiri.

Image from: 9 tahun tunggu, IVF RM200,000, Madammu titip ucapan sayu sempena hari lahir Kayden. 'Tak sangka akan ada zuriat dari...'

"Sehingga ke hari ini mummy masih tak sangka yang mummy dan papa akan ada zuriat dari perkahwinan ini. Dulu fikir tiga orang anak, Zahara , Qally dan Ahmadhi sudah cukup. Trauma membesarkan mereka pun tidak habis-habis lagi.

"Siapa sangka Tuhan nak juga tambah seorang lagi. Alhamdulilah dapatkan Ahmad Kayden selepas dua tahun journey IVF, tiga kali pembedahan, 10 hari injection pada perut dan beribu ribu kos untuk ubat serta RM200,00 untuk IVF journey.

"Alhamdulilah lahirnya Ahmad Kayden Tuhan gantikan kami dengan rezeki yang melimpah ruah. Setiap anak itu ada rezeki mereka. Ahmadulilah," kongsinya lagi.

Madammu terdahulu berkahwin dengan suaminya, Azri pada 2015 yang memiliki tiga cahaya mata. 

Terkenal dengan sifat penyayang, perhatian dan didikan yang diberikan Madammu kepada tiga anak tirinya menjadi inspirasi warganet.