
KUALA LANGAT – Lebih 900,000 murid di seluruh Selangor bakal menikmati sarapan berkhasiat percuma secara serentak menerusi Mega Program Nutrisi Selangor (Nutrisel) selama sehari pada pertengahan bulan ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif berkenaan melibatkan lebih 900 sekolah di seluruh negeri sebagai usaha memastikan murid mendapat makanan berkhasiat dan keperluan zat yang mencukupi.
“Insya-Allah, Mega NUTRISEL akan dilaksanakan untuk satu hari dalam pertengahan bulan ini untuk bagi manfaat kepada semua murid.
“Kalau ada maklum balas baik daripada murid dan ibu bapa, kita akan pertimbang akan laksanakan program ini secara berterusan,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Nutrisel di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang, di sini, hari ini.
Amirudin berkata, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan tambahan RM2 juta bagi menambah makanan dalam Nutrisel antaranya
roti dan susu.
“Kita pilih roti dan susu sebab dua makanan ini boleh tahan lama, iaitu sehingga tengah hari,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post 900,000 murid Selangor dapat sarapan percuma appeared first on Kosmo Online.



