
KAJANG – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Sungai Chua, di sini, Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 16 Ogos lalu.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 41 tahun yang merupakan penganggur dan dipercayai dikenali keluarga mangsa melakukan perbuatan tersebut ketika mangsa berada di rumah.
“Suspek yang positif dadah jenis methamphetamine ditahan di Rantau Panjang, Kelantan semalam dan direman selama tujuh hari sehingga 26 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE
The post Rogol di Selangor, diberkas di Kelantan appeared first on Kosmo Digital.






