98.8 peratus kru kabin Malaysia Airlines selesai saringan dadah

LocalHealth & Fitness
4 Sep 2026 • 1:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 98.8 peratus kru kabin Malaysia Airlines selesai saringan dadah

SEPANG – Malaysia Aviation Group (MAG) telah menjalankan saringan terhadap 98.8 peratus kru kabin Malaysia Airlines (MAS) setakat semalam dengan menyasarkan baki pemeriksaan terhadap kumpulan itu dapat diselesaikan hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, ketika ini, semua juruterbang MAS telah selesai menjalani saringan termasuk semua juruterbang serta kru kabin Firefly.

Katanya, saringan berkenaan membabitkan lebih 1,800 juruterbang MAS, manakala pemeriksaan terhadap kru kabin syarikat penerbangan itu hampir selesai setakat semalam.

“Kita harap menjelang hari ini, kita sudah dapat membuat saringan 100 peratus terhadap semua kru kabin. Dengan itu, kita sudah meliputi semua kru kabin, baik Malaysia Airlines mahupun Firefly,” katanya hari ini.

Nasaruddin berkata, langkah saringan itu dilaksanakan susulan satu kes yang berlaku baru-baru ini, sekali gus mendorong kumpulan berkenaan mengambil tindakan segera bagi menjalankan ujian terhadap kru penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini, semua keputusan saringan yang direkodkan adalah negatif.

Menurutnya, saringan berkenaan akan disusuli dengan ujian yang lebih tersusun menerusi pelaksanaan saringan mandatori sekali setahun terhadap semua juruterbang dan kru kabin.

Katanya, ujian secara rawak juga akan dijalankan hampir setiap minggu, khususnya dalam kalangan juruterbang, sebagai sebahagian usaha memperkukuh pemantauan keselamatan secara berterusan. – KOSMO! ONLINE

The post 98.8 peratus kru kabin Malaysia Airlines selesai saringan dadah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved