[VIDEO] Kanak-kanak Selamba Mandi-manda Dalam Sungai Sambil Main Dengan Buaya

6 Jul 2020 • 1:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post [VIDEO] Kanak-kanak Selamba Mandi-manda Dalam Sungai Sambil Main Dengan Buaya appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Satu tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menjaga keselamatan diri daripada ancaman haiwan buas, misalnya menjauhkan diri dari perairan yang dipenuhi pemangsa, kawasan lumut yang tidak tersentuh, semak samun tebal dan banyak lagi.

Tapi lain pula dengan kanak-kanak dari Sabah ini, video rakaman mereka ‘bermain-main’ dengan binatang liar telah  menarik perhatian kerana membuatkan bulu roma korang berdiri bila melihatnya.

Ini satu rakaman video daripada seorang pemuda yang dikenali sebagai Faidzul menunjukkan empat orang kanak-kanak sedang bermandi-manda ditemani oleh ‘kawan’ mereka yang merupakan seekor buaya.

Dia buat macam kucing la pula”

Difahamkan, rakaman itu oleh ayah mereka sendiri dan dikongsikan di media sosial. Malah, dapat dilihat anak-anak itu bermain dengan haiwan itu dan membelai sesuka hati tanpa ragu-ragu.

Min yang tengok dari jauh ni pun rasa terkedu.

image is not availableimage is not available

Dalam video itu kedengaran orang yang melakukan rakaman itu terus mengingatkan anak-anaknya untuk tidak mengejek dan mentertawakan haiwan itu.

Harap video ini tidak dijadikan contoh kepada anak-anak di luar sana untuk bermain-main dengan haiwan liar, terutama ketika bersendirian.. Tak dinafikan memang nampak cool tapi jangan lah cuba-cuba bermain dengan haiwan yang jadikan manusia sebagai pemangsa ni.

Baca : “Anak tak anak sekali dia ngap”-Dakwa Ada Ikatan Batin Dengan Haiwan, Pak Cik Ini Ambil Buaya Jadi Anak Angkat

image is not available

Twitter