“Wanita mengandung pun kena!” – [VIDEO] Lelaki Sesuka Hati Serang & Tendang Mana-Mana Wanita Sebab ‘Benci Sangat’

WorldEntertainment
10 Jul 2020 • 1:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Wanita mengandung pun kena!” – [VIDEO] Lelaki Sesuka Hati Serang & Tendang Mana-Mana Wanita Sebab ‘Benci Sangat’ appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Viral sejak beberapa hari lepas sebuah video yang menunjukkan seorang wanita Islam diserang dan dikasari lelaki tidak dikenali di sebuah taman rekreasi, lapor Al Hurra.

Menurut Twitter, insiden itu berlaku di Nizhnekamsk di Tatarstan, Rusia di mana wanita yang merupakan seorang ibu telah ditendang berkali-kali di depan anak-anaknya.

image is not available

Melalui klip rakaman dari CCTV itu, wanita tersebut dilihat sedang menolak sebuah stroller di mana seorang anaknya sedang duduk di dalam dan tiga orang lagi berada di kiri dan kanannya.

Lelaki tidak dikenali itu yang memakai t shirt berwarna hitam kemudian menghampirinya dari belakang dan secara tiba-tiba terus menendang menyebabkannya terjatuh dan tertolak stroller anaknya ke hadapan.

Salah seorang anaknya dilihat berlari dan cuba menjauhi lelakit tersebut mungkin kerana takut dikasari manakala wanita tersebut pula terus bangun untuk mendapatkan anak-anaknya.

image is not available

Tidak berhenti di situ, rakaman itu kemudian menunjukkan lelaki tersebut masih menendang wanita berkenaan berkali-kali namun dia tidak menyentuh atau mengasari kanak-kanak itu semua.

Aktivis media sosial telah berkongsi video tersebut di Twitter dan menurut salah satu perkongsian, lelaki berkenaan dikatakan telah menyerang beberapa wanita lain sebelum ini. Bukan kebencian terhadap agama namun dia dikatakan sesuka hati mengasari mana-mana wanita tanpa sebab, juga di sekitar  kawasan taman rekreasi.

image is not available

Malah, sebelum ini salah seorang mangsa serangannya merupakan wanita mengandung!

image is not available

Difahamkan, pihak polis telah berjaya menahan lelaki tersebut dan mendedahkan wajahnya kepada umum. Apabila ditanya pihak polis tentang motifnya menyerang wanita-wanita tersebut, dia menjawab,

Saya sangat benci wanita.”

image is not available

Tonton video penuh di sini dan bukti rakaman suspek menyerang wanita-wanita lain di sini.

Baca: “Puas ke tengok orang mati?!” – Militan Daish Serang Wad Bersalin, Ramai Ibu & Anak Baru Lahir Mati

image is not available

Twitter

Twitter

Al Hurra

The post “Wanita mengandung pun kena!” – [VIDEO] Lelaki Sesuka Hati Serang & Tendang Mana-Mana Wanita Sebab ‘Benci Sangat’ appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.