Apple Tidak Lagi Menyertakan Pembalut Plastik Pada Kotak iPhone

TechnologyDigital
16 Sep 2021 • 6:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jikalau anda perasan, pelbagai kotak pembelian produk daripada Apple, hadir dengan lapisan plastik di luar, untuk mengelak ia dibuka, dan memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman nyah-kotak menarik melaluinya.

Apa pun, ia akan berubah bermula pengenalan iPhone 13, yang dijadualkan di Malaysia pada 8 Oktober kelak.

image is not available

Menurut Apple, mereka tidak lagi akan membalut kotak jualan iPhone dengan plastik. Langkah ini akan menjimatkan sekitar 600 metrik tan plastik yang digunakan, sekaligus menjadikan penawaran mereka lebih mesra alam berbanding sebelumnya.

Jadi, bagi anda yang akan membeli iPhone, jangan terkejut sekiranya ia hadir tanpa balutan plastik pada kotak selepas ini.