TCL Tab Pro 5G Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 480

TechnologyDigital
22 Oct 2021 • 1:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada televisyen dan telefon pintar, TCL juga adalah pengeluar untuk tablet. Sehingga kini, mereka telah sedia mengeluarkan sejumlah tablet yang dijual pada harga berpatutan. Terbaru, mereka telah hadir pula dengan TCL Tab Pro 5G yang merupakan tablet terawal keluarannya dengan sokongan rangkaian 5G terbina.

image is not available

Tablet ini menggunakan cip Snapdragon 480. Ia kemudiannya, di padankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB yang turut sama menyokong ruang tambahan menerusi kad microSD sehingga 1TB. Skrinnya pula adalah sejenis IPS berukuran 10.36-inci beresolusi FHD (1200 x 2000) dengan gabungan teknologi NXTVISION untuk penghasilan semula warna dan kontras yang baik.

image is not available

Bateri pula adalah sebesar 8000mAh yang mampu beroperasi mencapai 17 jam lamanya. Ia juga menyokong pengecasan berbalik dan terdapatnya mod penjimatan bateri untuk jangka haya peranti lebih panjang. Kamera utama adalah 13MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP. TCL TAB Pro 5G juga mempunyai pembesar suara stereo untuk pengalaman audio lebih emersif.

image is not available

TCL Tab Pro 5G dijual pada harga $399.99 (~RM1,663) dan ditawarkan eksklusif kepada pelanggan Verizon di Amerika Syarikat.

Sumber : TCL