Penagih tegar kena 5 tahun, sebatan

29 Dec 2021 • 10:59 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan rotan kerana mengambil dadah secara berulang.

Paul Saluang mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kepada tuduhan terhadapnya.

Dia didapati mengambil dadah itu pada 5 Oktober tahun ini selepas kencingnya diuji positif untuk dadah di balai polis Penampang.

Paul mempunyai beberapa rekod sabitan lampau untuk kesalahan mengambil dadah. Mahkamah memerintah supaya dia diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjaranya.

Dia diperintah untuk menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapnya.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tiga pendatang tanpa izin dipenjara empat bulan dan dikenakan sekali sebatan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mereka ialah Aliono Yono, Raju dan Ruka yang mengaku memasuki negeri ini selepas mereka ditahan oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan mereka gagal menunjukkan dokumen.

Kesemua pendatang tanpa izin ini ditangkap pada 15 Disember tahun ini  dan selepas selesai menjalani hukuman penjara, mereka diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.