Sejak semalam, hujan berterusan telah berlaku di beberapa negeri di Pantai Timur.
Malah pada jam 4 pagi tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat yang dijangkan berterusan sehingga hari ini. Antara negeri yang berada di tahap bahaya adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
#amaranhujanberterusan#metmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/q46hKXEt6A
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 30, 2021
Hujan berterusan yang melanda Pahang ini telah menyebabkan aras air di Sungai Tembeling melimpah.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah kongsikan bahawa siren telah pun dibunyikan di kawasan Hulu Tembeling dipercayai sebagai amaran paras air yang semakin tinggi dan merbahaya.
Dalam video yang dikongsikan ini, ia turut menunjukkan kawasan-kawasan berdekatan yang dilihat telah mula ditenggelami air.
— Tun Abah (@TunAbah_) December 30, 2021
Memetik laporan dari Bernama, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah meramalkan kemungkinan berlaku banjir secara berperingkat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula semalam dan di Pahang dan Johor akan bermula hari ini.
Untuk pengetahuan korang, keadaan hujan lebat berterusan ini berlaku disebabkan oleh luruan monsun dan pada masa yang sama berlaku pembentukan awan hujan aktif di Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Rata-rata netizen yang melihat video mendoakan agar semuanya selamat dan memberitahu sehingga sekarang hujan di Jerantut masih belum berhenti.

Bertabahlah ya orang-orang Pahang! Harapnya urusan semua orang di Pantai Timur dipermudahkan….
Baca: “Seram tengok” – [VIDEO] Netizen Risau Tengok Kepala Air Mengganas Di Lata Berangin, Kuala Krai

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
