Pendaki maut tergelincir ketika swafoto di puncak gunung

30 Jan 2022 • 9:43 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

ARIZONA : Tragedi menimpa seorang pendaki gunung yang maut tergelincir ketika mengambil swafoto di puncak sebuah gunung di Arizona, Amerika Syarikat.

Mayat pendaki tersebut, Richard Jacobson, 21, ditemui hampir 213 meter di bawah lereng yang menjadi lokasi perkhemahan kumpulan pendaki tersebut.

Jabatan Keselamatan Awam Arizona menghantar sebuah helikopter untuk melakukan kerja-kerja menyelamat selepas beberapa rakan sepasukannya menelefon talian kecemasan 911 pada pukul 12.45 tengah malam (waktu tempatan), Isnin lalu.

image is not available

Ketika kejadian, mangsa sedang mengambil swafoto di puncak gunung tersebut sebelum dia tergelincir lalu terjatuh ke bawah.

“Berdasarkan siasatan, tiada sebarang unsur penyalahgunaan dadah atau perkara-perkara terlarang. Ia adalah satu kemalangan tragis,” menurut Sarjan Doug Peoble dari Pejabat Sherif Mencari dan Menyelamat Daerah Pinal.

Dalam pada itu, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Family Medicine and Primary Care mendedahkan bahawa seramai 259 individu maut ketika mengambil swafoto antara tahun 2011 hingga 2017.

-AGENSI