Rumah Bagai ‘Lubuk Sampah’, Pemilik Lega ‘Penyewa Dari Neraka’ Sudah Pindah

6 Jan 2022 • 6:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di platform media sosial berkisahkan tentang mimpi ngeri buat pemilik rumah yang menyewakan rumahnya kepada ‘penyewa dari neraka’.

Bayangkan, kita membeli rumah untuk dijadikan sebagai pelaburan, akan tetapi penyewa pula sesuka hati membuat kediaman tersebut menjadi ‘tunggang-terbalik’.

Koleksi foto-foto yang dikongsikan di Facebook itu jelas menunjukkan bertapa kotornya rumah terbabit dan ia juga sebagai peringatan buat pemilik hartanah yang lain.

image is not available

Sumber : Facebook  

Boleh dilihat dalam foto-foto yang dikongsi, penyewa tersebut membuang topeng muka terpakai, gulungan tisu tandas, pakaian kotor, plastik, sisa kertas dan botol-botol kosong di serata rumah.

Hal yang lebih teruk dilakukan oleh penyewa adalah katil dan kepala katil habis terpisah dua.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan dengan hal terbabit tetapi difahamkan apartment tersebut terletak di Lembah Klang dan disewa oleh tiga penduduk tempatan.

image is not available 19 jam lalu

"Bila Orang Kaya Sibuk Nak Jual" - Ameera Khan Dikecam Sebab Jual Kek Batik 'Keras Kejung'