“Auto kembang tekak!” – Wanita Hilang Selera Lepas Jumpa Kepala Ayam Salut Tepung ‘Sesat’ Dalam Pesanan

Entertainment
1 Jan 2022 • 2:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya ramai di antara kita yang pernah terima pesanan yang salah waktu pesan makanan di restoran ataupun secara online. Selalunya apa korang buat bila dapat order salah? Bagitau pekerja restoran ke korang makan je?

Bercakap pasal dapat pesanan makanan salah, seorang wanita di United KIngdom ini juga berdepan isu yang lebih kurang sama. Tapi, insiden yang menimpa wanita ini mungkin akan buatkan sesetengah daripada korang yang membaca ini kembang tekak.

image is not available

Memetik laporan Firstpost, wanita yang hanya dikenali sebagai Gabrielle itu difahamkan telah memesan set makanan hot wings dari sebuah restoran makanan segera terkemuka. Walaupun makanannya sampai seperti apa yang dipesan, ada sesuatu ekstra yang dijumpainya menyebabkan Gabrielle ni terus putus selera.

Berkongsi insiden yang dialaminya itu di laman sosial, Gabrielle memuat naik screenshot dimana dia telah memberi review sebanyak 2 bintang pada pesanan terbabit kerana menurutnya, dia turut menerima kepala ayam goreng tepung bersama makanannya. Siap ada gambar lagi! Tapi, min tak share la gambar kepala ayam tu, takut ada yang tak selesa pulak.

image is not available
Gambar hiasan

“Saya jumpa kepala ayam digoreng tepung bersama pesanan hot wing saya. Terus putus selera!” tulis Gabrielle.

Menerusi gambar yang dikongsikan Gabrielle, dapat dilihat makanan itu memang ada disertakan kepala ayam lengkap dengan paruh dan matanya.

Perkongsian Gabrielle itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan restoran makanan segera terbabit yang tidak peka dan memeriksa setiap pesanan mereka sebelum dihantar. Ramai juga pengguna media sosial yang terkejut Gabrielle ni bagi rating 2 bintang sebab katanya, terlalu tinggi.

Insiden terbabit turut mendapat perhatian restoran makanan segera itu yang mengeluarkan kenyataan bahawa semua makanan yang dihidang di restoran mereka sudah melalui pemeriksaan terperinci. Pun begitu, mereka tetap meminta maaf dan menganggap mungkin ada kesilapan manusia yang mengakibatkan insiden terbabit berlaku.

Restoran makanan segera tersebut dilaporkan telah menawarkan Gabrielle untuk makan secara percuma di situ sambil turut menawarkan tour kepada wanita berkenaan untuk melihat dapur mereka.

Sumber: Firstpost

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.