Pekerja Pusat Peranginan Cedera, Klorin Meletup Ketika Bersih Kolam

11 Jan 2022 • 8:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang pekerja cedera dalam insiden letupan klorin di sebuah pusat peranginan di Lundu hari ini. - Gambar ihsan Bomba

LUNDU - Seorang pekerja cedera dalam insiden letupan klorin di sebuah pusat peranginan di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku jam 9 pagi ketika pekerja lelaki berusia 30 tahun itu  sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kolam renang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat sebaik menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 9.16 pagi.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan letupan melibatkan klorin semasa kerja-kerja pembersihan di kolam renang dijalankan,” katanya hari ini.

Katanya, pekerja berkenaan mengalami kecederaan di muka akibat letupan tersebut.

“Mangsa telah dihantar ke hospital oleh pekerja pusat peranginan itu untuk mendapatkan rawatan.

“Pasukan juga memastikan keadaan di lokasi benar-benar selamat sebelum operasi ditamatkan,” katanya. - Getaran, 11 Januari 2022