Seorang maut, tujuh cedera kemalangan di Jalan Gambang-Segamat

12 Jan 2022 • 12:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Seorang maut dan tujuh cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Dara Teh, Jalan Gambang - Segamat, awal pagi Rabu.

Menurut makluman yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang di Facebooknya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda.

"Terdapat seorang mangsa dari kenderaan Mazda disahkan meninggal dunia manakala tujuh mangsa cedera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan," katanya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar mengesahkan menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun katanya, laporan penuh berhubungan kejadian akan menyusul.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved