Pengarah HKL Akhirnya Tampil Respon Isu ‘Not My Problem’ Dari Ahli Farmasi

12 Jan 2022 • 4:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berhubung dengan tular isu sikap tidak profesional ahli farmasi dari Hospital Kuala Lumpur sejak 2 hari lalu, pihak HKL hari ini telah tampil memberikan keterangan.

Boleh baca disini untuk cerita selanjutnya.

Peka dengan insiden tersebut, Pengarah HKL menerusi dalam satu kenyataan menyatakan bahawa terdapat kekeliruan antara pengadu dengan pegawai yang bertugas.

 

Mengenai sistem MyUbat

Menurut KHL, perkhimatan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) tidak dapat dilaksanakan berikutan dengan masalah stok bekalan yang terhad bagi jenis ubat yang diminta pengadu.

Oleh itu, bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan masa pembungkusan 2 minggu lebih awal daripada tarikah pesakit menerima ubat tersebut sebelum boleh dilaksanakan seperti biasa jika stok bekalan ubat kembali normal.

 

Ahli Farmasi berdepan tindakan

Menjawab isu sikap ahli farmasi dari hospital tersebut, HKL menyatakan bahawa pihaknya telah mengenalpasti kakitangan berkenaan dan tindakan sewajarnya akan diambil agar insiden tersebut tidak berulang.

image is not available

Tambah HKL, pihaknya juga akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.