Sabah catat kluster pendidikan keempat

23 Jan 2022 • 3:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah pada Sabtu merekodkan kluster baharu Covid-19 membabitkan institusi pendidikan di Ranau.

Jurucakap rasmi Covid-19 negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Bypass Kologon melibatkan indeks kes seorang pelajar asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang berumur 16 tahun yang mula bergejala pada 17 Januari.

“Pesakit kemudian melakukan ujian kendiri dan disahkan positif melalui saringan PCR.

“Saringan ke atas kontak rapat yang melibatkan 70 orang telah dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan setakat ini, enam lagi pelajar rakan sebilik indeks kes didapati positif.

“Kesemua pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata Sabah merekodkan 218 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan peningkatan 42 kes berbanding hari sebelumnya, sementara satu kematian direkodkan di Papar.

Katanya, sembilan daerah mencatatkan kes dua angka pada Sabtu, antaranya ialah Tuaran dengan 37 kes (+22), Kota Kinabalu 34 kes (-7), Sandakan 21 kes (+9), Penampang 19 kes (tidak berubah) dan Putatan 17 kes (+13).

“Sejumlah 12 daerah lagi mencatatkan kes satu angka dan enam daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Seramai 215 orang daripada 218 pesakit baharu hari ini (Sabtu) berada dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3. Tidak ada pesakit dalam Kategori 4 dan 5,” katanya.

Seramai 171 pesakit dibenar pulang dari hospital sementara 687 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) serta penjara/pusat tahanan sementara.

Masidi berkata 19 pesakit memerlukan penjagaan kritikal dengan 16 di Unit Rawatan Rapi (ICU)/repurposed critical care serta tiga di wad terbuka, sementara lima pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.