Tarikh tutup ditunda ke 15 April

21 Feb 2022 • 3:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tarikh tutup Pertandingan Filem Pendek China-Sabah ke-4, anjuran bersama Konsul General China di Kota Kinabalu dan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) ditunda ke 15 April depan susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri ini.

Menurut satu kenyataan pada Ahad, penundaan itu dibuat bagi memastikan semua peserta mempunyai tempoh mencukupi untuk membuat rakaman dan kerja-kerja penerbitan.

Terma dan syarat sedia ada kekal tanpa sebarang perubahan.

Kandungan filem pendek mestilah bersesuaian dengan sifat yang menggambarkan persabahatan kukuh dan perkongsian atau pertukaran usahasama dalam pelbagai perspektif diantara China dan Sabah, seperti usahasama memerangi pandemik Covid-19, hubungan rapat rakyat Sabah dan China dan memelihara budaya Cina di Sabah. Filem juga boleh diterbitkan dalam apa juga bentuk genre dan tidak hanya terhad kepada Dokumentari, Drama dan Animasi Digital.

Filem pendek yang dihantar haruslah tidak melebihi tempoh enam minit termasuk babak kredit permulaan dan rakaman kredit pengakhiran.

Filem Pendek boleh dirakam dengan menggunakan apa juga bahasa. Sari Kata Bahasa Inggeris dan Mandarin perlu disertakan sekiranya bahasa yang digunakan dalam filem berkenaan bukan Bahasa Mandarin.

Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan (Imbas kod QR atau melayari laman web https://bit.ly/3n4ehMR untuk muat turun) dan muat naik filem pendek mereka ke YouTube.com, tetapkan video anda kepada “Tidak Tersenarai” dan sertakan pautan berkenaan kepada pihak penganjur bersama-sama dengan borang penyertaan dengan cara email ke [email protected]

Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu filem pendek sahaja.

Sejumlah RM35,000 hadiah tunai ditawarkan kepada penerbit filem amatur dan profesional yang dapat menonjolkan sebuah cerita menghayat hati berkaitan kerjasama persahabatan diantara China dan Sabah. Anugerah Emas: RM8,000 tunai + Piala, Anugerah Perak: RM6,000 tunai + Piala, Anugerah Gangsa: RM5,000 tunai + Piala, Anugerah Suntingan Terbaik: RM3,000 tunai + Piala, Anugerah Filem Paling Kreatif: RM3,000 tunai + Piala, Hadiah Saguhati: RM1,000 tunai setiap satu + Piala.

Peserta boleh melayari http://www.facebook.com/chinasabah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, atau hubungi Setiausaha Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Teo Jinn Jiun 016-8254889 atau Bendahari KKJA Yvonne Ho 016-8111883 atau emel kepada [email protected]

Para peserta diingatkan untuk mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik sepanjang tempoh rakaman dan penghasilan filem agar mampu mengelakkan daripada penularan virus.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.