
Korang yang suka beli barang online tu, pernah tak kena scam dengan personal shopper atau pun website palsu? Kalau tak pernah, macam mana korang make sure yang online shop korang beli tu bukan scammer?
Kalau ikutkan, banyak je kes scammer barangan online zaman sekarang ni. Tapi, isu kali ini melibatkan barangan berjenama yang bukannya murah. Kalau rugi seringgit dua pun kita dah bising, apatah lagi beratus betul tak?
Melalui satu tweet yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter Sueannajoe, dia dipercayai telah ditipu ketika membeli sandal berjenama Dr. Marten untuk dipakai waktu hari raya nanti.
Alangkah kecewanya apabila dia dapat tahu bahawa rupa-rupanya laman web yang dibelinya itu adalah laman web palsu! Melayang duit dia hampir RM300!
I just got scammed. I wanted to buy a pair of Dr Marten sandals for Raya. I thought the website was legit. It was too good to be true.
DO NOT BUY from
martensmalaysla(.)comThere were many RED FLAGS
I did not notice. I was just too foolish. pic.twitter.com/gEO4p96ZwG
— ꜱᴜᴇᴀɴɴᴀᴊᴏᴇ 〄
(@sueannajoe_) March 22, 2022
Menurut tweetnya itu, pada mulanya dia tidak perasan bahawa laman web itu adalah palsu kerana segala interface nampak sangat real. Tetapi, lama-kelamaan barulah dia sedar rupanya banyak ‘red flags’ dan perkara mencurigakan daripada laman tersebut.
Antaranya ialah e-mel yang diterimanya sangat pelik dan di laman web tersebut, nama Malaysia dieja dengan huruf kecil L, Malaysla. Selain itu, link ditekan kembali ke laman web tersebut yang sepatutnya ke laman lain dan laman web SMS untuk mengesahkan transaksi pembayaran pergi ke laman lain.




Di samping itu, ramai juga yang berkongsikan laman web lain selain laman web palsu yang dikongsikan oleh saudari Sueannajoe ini.




Korang lepasni hati-hati okay! Jangan nampak murah terus beli!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

