“Dulu underneath pokok kelapa” – Netizen Teruja Marsha Naib Juara AJL 36 Lepas 16 Tahun Jadi Penyanyi

Entertainment
7 Mar 2022 • 10:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam tadi siapa yang dah ada depan TV dari pukul 9 malam tadi sampai lah pukul 12 tengah malam untuk tahu siapa pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) kali ini?

Selepas persembahan yang hebat dari barisan finalis AJL, akhirnya kumpulan indie SOG dan Shila Amzah dinobatkan sebagai juara dengan lagu Pelukan Angkasa.

Naib juara pula dirangkul oleh Marsha Milan yang menyanyikan lagu Cinta sekaligus membawa pulang trofi untuk Persembahan Terbaik manakala Haqiem Rusli di tempat ketiga dengan lagunya Mimpi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

“Dia layak menang”

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah persembahan dari pemenang tempat kedua AJL36 iaitu Marsha Milan Londoh yang buat ramai terkesima dengan kekuatan vokalnya!

Ini kerana, pentas AJL kali ini merupakan pentas pertamanya selepas 16 tahun bergelar penyanyi selepas mendapat tempat keempat di Akademi Fantasia musim ketiga pada 2005.

Rata-rata pengguna Twitter menyifatkan Marsha sebagai penyanyi yang berbakat namun belum menjadi pilihan netizen sebelum dan kemenangannya sebagai naib juara layak mendapat pujian! Tak kurang juga yang mahu menyaksikan Marsha menyanyikan sekali lagi lagu tersebut.

image is not available

Marsha yang menyanyikan lagu hasil ciptaan Hang Nadim (Akim Ahmad) dan juga Bunga Cantik (Stacy) telah pun membuktikan bahawa bakatnya masih lagi relevan walaupun lebih sedekad dalam dunia hiburan.

Apa-apa pun tahniah untuk semua pemenang! Min memang goosebumps tengok semua performance malam tadi. Terbaik!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.